Afidea Luna Homestay

luna room1eA
luna room2aA
Luna room3aA
luna liv room3A
luna liv room1A
luna kitchen3A
laman kancil2
rumah 44
Rate (RM): 210
Contact: 019 7253200

Homestay yang selesa, lengkap dengan semua kemudahan serta perjiranan yang aman. Terletak bertentangan dengan padang permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan gelanggang badminton/takraw. Di setiap petang ada saja hilai tawa remaja dan kanak-kanak yang dapat menghidupkan suasana sekitaran.

Rumah teres 2 tingkat dengan ruang rehat yang luas, 3 bilik tidur semua air-conds (satu bilik di bawah, dua bilik di atas), 3 bilik air (1 di bawah, 2 di atas). Sangat selesa untuk 8 orang (ada 2 katil kelamin dan 4 katil bujang), masih selesa bagi bilangan bawah 15 orang.

Kelengkapan rumah:
* Free Wi-Fi internet
* Ruang rehat – sofa kulit 3+2, LED TV 32″ dan pemain DVD, kipas siling
* Ruang makan – meja 6 kerusi, kipas siling

Bilik tidur utama (atas):
1 katil queen, 1 katil bujang, air-conds, kipas siling, almari 3 pintu, meja solek.
Bilik tidur 2 (atas):
1 katil queen, 1 katil bujang, air-conds, kipas siling, almari 2 pintu.
Bilik tidur 3 (bawah):
2 katil bujang, air-conds, kipas siling, almari 2 pintu.

Ruang dapur – peralatan memasak dan menghidangkan makanan ringkas – dapur gas, periuk, kuali, pinggan mangkuk, sudu, garpu dll.
Peralatan elektrik – periuk nasi, cerek, peti sejuk, microwave, toaster, mesin basuh, seterika dan papan alas menggosok.

Turut disediakan:
– 6 tuala mandi
– campuran kopi 3+1, teh, gula untuk 6 orang
– 2 botol air mineral

Kadar Sewa:
Isnin – Khamis RM210/malam
Jumaat – Ahad, Cuti Umum RM240.00/malam

[Diskaun diberikan bagi tempoh menginap jangka panjang. Sila talipon jika ingin maklumat lanjut]

Syarat:
1. Penginapan minima 2 malam
2. Deposit tempahan RM100 (dipulangkan 24 jam selepas check-out)

Alamat Homestay:
No. 44, Jalan Kancil 22, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Berdekatan:
– Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang (5-10 minit)
– Kolej Komuniti Pasir Gudang (3-5 minit)
– UniKL Bandar Seri Alam (15-20 minit)
– UiTM Bandar Seri Alam (15-20 minit)
– Litar Lumba Johor, Johor Circuit (5 -10 minit)
– Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, UTC, Stesen Bas, stesen teksi dll (15 minit)
– MRSM Pasir Gudang (15-20 minit)
– Giat Mara (15 minit)
– Hospital Penawar, Kompleks Pusat Bandar
– Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (15 minit)
– Menara Aqaba, UTC (15 minit)
– Muzium Layang-Layang (10 minit)
– Johor Bahru 30 minit

Homestay kami yang lain:
1. Afidea Mawar Homestay, Taman Mawar, Pasir Gudang.
2. Afidea Alpinia Homestay, Taman Scientex, Pasir Gudang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0197253200 atau 012 7220488.
Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *