Homestay Meru Kayangan

Rate (RM): 150
Contact: 0124319730

Homestay ini merupakan tempat penginapan sewaan harian terletak di tengah-tengah kesibukan pusat aktiviti sosio-ekonomi in Meru Raya (Aman Jaya), Meru, Ipoh.
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik Tidur Utamanya mempunyai ‘attached’ bathroom. Kedua-dua bilik airnya yang mempunyai ‘Water Heater’.
Apartment ini mempunyai balkoni santai yang menghadap ke pemandangan yang begitu sayup mata memandang. Bukan sahaja balkoninya mengadap Kolam Renang, tetapi, MAPS (Movie Animation Park & Studio) dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Juga, Bulatan Aman Jaya ( sekarang dikenali dengan nama Bulatan Sultan Azlan Shah) yang menempatkan berbagai kegiatan-kegiatan sosial , berada dalam pemandangan yang begitu jelas. Oleh yang demikian, segala aktiviti-aktiviti yang berlaku di bulatan tersebut seperti ekspo, promosi, sambutan hari kemerdekaan, pertunjukan percikan bunga api semasa Sambutan Tahun baru juga akan jelas kelihatan dari balkoni ni. Juga sememangnya, Hotel Casuarina juga dalam genggaman pemandangan.
Dua daripada bilik-bilik apartment ini berhawa dingin, tidak mempunyai masalah untuk yang kurang selesa dengan kipas angin. Walau bagaimanapun, bilik tidur utama dan bilik ketiga serta ruang tamu mempunyai kipas-kipas siling yang tersendiri.
Bilik tidur Utama mempunyai katil kelamin. Bilik-bilik tidur yang lain mempunyai 2 katil bujang setiap satu .
Meja makan disediakan untuk satu keluarga yang mempunyai 6 kerusi makan.
Pengunjung-pengunjung boleh berkesempatan untuk beriadah di kolam renang yang berada di tingkat 2. Manakala bersebelahan dengan kolam renang ada disediakan gimnasium untuk pengunjung bersenam.
Untuk kegiatan kanak-kanak, kolam renang kanak-kanak adalah bersebelahan dengan kolam renang dewasa dan taman permainan kanak-kanak hanya berada di belakang gimnasium.
Tempat ‘parking’ kenderaan telah disediakan di plot no. 20 yang mana ia berada pada sebelah yang bertentangan dari apartment tersebut.
Kelengkapan-kelengkapan yang disediakan di homestay ini adalah seperti berikut :
1.Penghawa dingin atau kipas
2.‘Water Heater’ shower
3.Dapur & kelengkapan memasak
4.Pinggan mangkuk & gelas minum
5.Peti sejuk
6.Cerek pemanas air
7.TV berbekalkan NJOI
8.Seterika elektrik & papan menggosok
9.Tikar sembahyang & kain sembahyang. Juga arah qiblat
10.Tuala mandi, sabun & shampoo
11.Uncang kopi, teh & gula
12.Penapis air

Kos penginapan adalah seperti di bawah :
1.RM150 semalam untuk malam-malam hari biasa.
2.RM170 semalam untuk malam-malam hujung minggu( malam Sabtu & Ahad) & cuti umum
3. Check in : 3 petang, Chek Out : 12 Tengahari

Untuk membuat tempahan sila berhubung terus ke pihak pengurusan (no. di bawah) bila membuat bayaran ke akaun di bawah :
1. Maybank 152031485402
2. CIMB 7616248892
3. Public Bank 6868307319
Telefon :
1. 012-431-9730
2. 010-511-1832

JARAK HOMESTAY INI DENGAN TEMPAT-TEMPAT STRATEGIK :
3 – 5 minit ke pelbagai kemudahan seperti :
– Masjid Al-Ansar
– Stesen Bas Amanjaya
– Hotel Casuarina
– Pusat Konvensyen Amanjaya
– Restoran-restoran beraneka jenis makanan Melayu, Arab, Cina Muslim & Fast Food McD, KFC
– Pasaraya Mydin
– Stesen Petronas
– Affin Bank, Bank Simpanan Nasional.
– Jabatan Perhutanan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Audit Negara, Jabatan Imigresen
– Balai Bomba & Penyelamat
– Mgt & Science University

10 -30 minit ke Jabatan-jabatan kerajaan, kemudahan, kilang-kilang & pusat peranginan :
– Meru Valley Golf Club
– Hospital Permaisuri Bainun
– Stadium Bolasepak, Tertutup Indra Mulia, Hoki
– Stesyen Keretapi ETS
– Nasi Vanggey
– Aeon Hypermarkets, Ipoh Parade
– Pusat Perindustrian Jelapang i.e Carsem (M) Sdn Bhd,Mapa Gloves,Sydney Industries Sdn Bhd,Polymer Plus
– Industrial Training Institute, Ipoh
– Air Terjun Ulu Chepor, Taman Rimba Kledang Saiong, Taman Rekreasi Gunung Lang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *