Homestay Sijangkang – Moden Scandinavian

Rate (RM): 120
Contact: 0122758873

Terletak di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang Selangor. Ia adalah sebuah rumah keluarga yang direka dengan konsep minimalis. Berkeluasan 450 kaki persegi yang mempunyai 1 bilik, ia mampu memuatkan keluarga bersaiz dua hingga empat orang yang ingin beristirahat dengan bergaya. Selain itu, ia dilengkapi dengan katil bersaiz queen, bilik mandi dan dapur kecil, sesuai untuk pasangan atau pelancong solo yang mahukan ruang kediaman yang lebih besar.

Di samping itu, kemudahan Internet disediakan di homestay kami untuk kegunaan tetamu. Kemudahan dapur kecil yang dilengkapi dengan dapur elektrik, pemanas air dan peti sejuk pastinya memudahkan tetamu yang menginap disini. Untuk tetamu yang memandu kereta, kami menyediakan ruang parkir yang luas.

Terletak di Kampung Sijangkang, Ianya hanya 1 jam pemanduan dari Lapangan Terbang KLIA dan 20 minit pemanduan dari Bandar Bukit Tinggi Klang. Ia juga terletak berhampiran Bukit Jugra yang popular dengan aktiviti lasak paragliding dan Pantai Morib untuk tetamu yang menginginkan suasana pantai. Hanya RM120/malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *